selama ni aku tak pernah nak percaya hukum karma.
dulu aku pernah tapi lama kelamaan kepercayaan tu mula pudar.
haha.poyo ayat kau!
agaknya tuhan nak buka pintu hati aku yang hampir hitam warnanya.
aku rasa.
bagi petunjuk pada hamba nya lemah dan keji ni.
scene 1
awal tahun 2009
mama dan ayah jumpa wallet milik seorang lelaki berbangsa cina tercicir yang penuh dengan ribuan ringgit di hentian rehat yong peng. mereka lihat pemiliknya ke tandas awam dan mereka tunggu di luar sehingga pemiliknya keluar. mereka menyerahkan wallet itu dan lelaki tersebut tergamam dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih
scene 2
awal tahun 2010
satu keluarga aku berhenti di hentian rehat pagoh untuk makan. keluar daripada tandas awam, seseorang menyapa mama yang pada masa yang sama ayah disisinya.
"kak naik kereta apa?"
"kenapa?"
"akak punya kereta avanza emas ke?"
"a'ah betul"
sambil melihat ayah lelaki tu menunjukkan sesuatu
"ni abang punya ke? saya nampak tercicir dekat kereta" sambil menghulur wallet
ayah juga dalam situasi yang sama seperti di atas. tergamam kerana tidak perasan ianya tercicir.
isinya tidak kurang walau sedikit pun.terima kasih
hukum karma memang ada.
buat baik di balas baik
buat jahat di balas jahat.
Allah maha adil.
ok!aku dah percaya.
lepas ni aku dah tak boleh nak nyorok kan seluar orang dalam peti sejuk lagi lah.
*bukan aku buat pun*
p/s: azie, jangan marah.=)
No comments:
Post a Comment