Monday, June 21, 2010

chapter 74 : karma is BITCH

siapa pernah dengar kisah nenek tua terkentut depan ulama? ada satu cerita di mana nenek tua terkentut depan ulama. selepas dia tekentut, baru dia perasan ulama tu ada sebelah dia. dia terasa sangat la malu. hanya tuhan je yang tahu betapa malunya dia. tiba-tiba kedengaran sesuatu. ada seseorang sedang bercakap dengan ulama tetapi ulama berkata " apa?apa?maaflah, saya pekak". nenek tu terasa sangat la lega dan dalam hati nya berkata " fuh, nasib baik dia pekak. dia tak dengar la aku kentut tadi.". tetapi semua penduduk berasa hairan. beberapa lama kemudian nenek tua tu pun meninggal dunia. setelah ulama tahu berita tentang kematian nenek tua tu, dia bercakap dan mendengar seperti biasa dengan penduduk-penduduk yang lain. Penduduk-penduduk semua kehairanan dan bertanya kepada ulama. ulama hanya menjawab, " saya hanya menjaga malu dan aib seseorang. sesungguhnya jika kita menjaga malu dan aib seseorang, Allah akan menjaga sepuluh kali ganda malu dan aib kita."

p/s: haha. tepuk tangan.tahu tak pandai bercerita.tengah nak betulkan keadaan. pfftt.

No comments: