Sunday, January 23, 2011

chapter 85: review selendang terbang dan burung hantu

alkisahnya, nak dijadikan cerita jadi lah kami serumah pergi ke mid valley menonton wayang.KHURAFAT. nak tahu apa ulasan saya tentang KHURAFAT tu? sangat mengantuk, sangat bosan, dan sangat tak seram.sangat la poyo bila si gemok tu kata dia tengok movie ni sambil tunduk tunduk muka. booo,penakut! haha.
tengok wayang, jalan jalan, makan makan dan sampai lah part paling best sekali.masa tunggu komuter. datang lah satu keretapi ni. ingatkan keretapi kami.
berebut rebut lah duduk tunggu. datang datang je ada mamat dalam keretapi jerit "tepi tepi.diri belakang garisan kuning!"ada seorang kawan nama dia zanza menyirap bila mamat tu jerit. dia pun marah lah balik sambil tengok keretapi tu. sampai lah keretapi tu berlalu pergi, angin sikitlah punya kuat. agak terkejut juga lah. masa tu, mata aku tepat pandang zanza dan pada masa yang sama selendang dia boleh terbang. hahak.
nasib baik berpin bagai. kalau tak, mahu terbang selendang dia. balik puncak free hair. serentak aku, cici, atiq, anis gelak besar. bapak lawak. sumpah lawak. huuu. kenangan manis doe.itu lah zanza. lain kali diri belakang tali kasut kuning tau. eh silap silap. garisan kuning. (^,^)

zanza dan selendang dia.

ni baru zanza punya cerita. belum cinci punya cerita lagi. semalam dia pakai rantai burung hantu.tiba-tiba dah sampai midvalley, dia tengok loket burung hantu tu dah hilang. sedih gila cinci. muka dia menggambarkan segala-galanya. dahlah rantai tu beli dari jauh, tempat sawadikap pastu boleh hilang pula. kesian cinci. rupa-rupanya loket tu maspul dah jumpa. tapi saja tak nak beritahu dia. balik balik tak nak terkejut pula kan si cinci tengok loket tu dalam laci dia. haha. mesti ingat loket burung hantu tu terbang balik sendiri kan? hahaha.

 
cinci dan rantai burung hantu dia.
muka seposen.

p/s: haha. aku berani cakaplah, benda tu takkan terjadi. ;)

1 comment:

Rozana Razali said...

jom shopping kat sini..

accessories murah2 je..

http://adzrazali-blogshop.blogspot.com/