Monday, August 1, 2011

chapter 109: kisah dua hari

*hiasan semata-mata
ini dua hari punya kisah.
tak pernah sangka akan jadi sebegini rupa. serius.
nak cerita satu satu memang rasa makan 44hari 44 malam.
tapi tak mengapa. pelan pelan kayuh orang tua kata.
haha. sudah mula mengarut.
ceritanya bermula begini.pada pagi yang bertarikh 30 Julai 2011,
memang ditakdirkan agaknya hujan time tu. apa lagi, memang sedap la gua tidur kan. haha
tanpa sedar sebenarnya dah berjanji 
dengan manusia manusia nak bangun awal sebab
nak kena berjuang di padang. 
tapi apakan daya godaan hujan tak dapat aku tolak.
bangun pun dah lambat. nasib baik ada yang kejutkan. 
kalau tak sampai kesudah aku tak bangun bangun.
dengan yang sudah menunggu di bawah hampir setengah jam. 
kasihan. ampun ya?hihi.
tak sengaja. tu tak kira lagi dengan yang menunggu di padang. 
berdosanya aku.
punya lah nak mengejar masa tak nak terlewat dari berjuang di padang,
aku dan kau hampir kemalangan. fuhh, nasib baik sempat break. 
itupun sebab aku menjerit katanya.
kalau tak, memang tak sempat berjuang di padang 
aku sambung berjuang di rumah sakit. haha.
ingatkan dah habis di situ. tapi apakan daya kita ni manusia biasakan? 
memang takkan tahu apa nak jadi.
satu satu benda berlaku. unexpected. aku tak suka benda tu. 
tapi aku tak suka halang.
kalau nak pergi, pergi lah. aku tak kisah. 
cuma aku mampu melihat saja dan pendam. habis.
kau yang buat pilihan kan? aku hanya menyokong saja. 
tapi pilihan kau tu buat aku terkesima.
hampir buat aku down nak berjuang di padang, 
tapi aku tahu manusia manusia yang lain
mesti tak suka macam tu kan? jadi gigihkan juga. dan kami kalah. haha. 
selepas tu benda paling aku akan ingat seumur hidup aku. 
aku tak pernah sangka benda camtu akan berlaku.
baru aku sedar, percaya tu penting. kalau kau tak percaya, 
kau sayang apa semua takde guna doe. serius.
bila kau tak percaya, kau boleh rosakkan semuanya 
dan buat semuanya hilang.
dan itu lah yang terjadi. hampir hilang semua. 
pada mulanya aku nak tinggalkan apa yang ada.
cuba untuk buat yang terbaik sebelum aku tinggalkan segala galanya.
berikan kegembiraan untuk kali terakhir supaya 
peninggalan tu beri kenangan yang manis.
cuba lupakan semua walhal masih lagi terasa sakitnya. 
membuat semua bersama sama selagi masih 
ada masa dari pagi hingga ke malam. 
makan, bergelak ketawa, menonton wayang, makan lagi.
tak pernah sejak rapat, meluangkan masa selama itu. 
kagum. dan sangat gembira.
dan di sebabkan itu, perasaan nak meninggalkan dan lari
 hilang sikit demi sikit.
perasaan gembira mengatasi semua. haha. poyo kan ayat aku?
tapi kena selalu ingat, gembira takkan kekal lama. 
mesti ada benda jadi nak duga yang kita ni ingat lagi
tak dengan si penentu segala galanya di atas. 
langit tak selalu nya cerah la bro. ingat tu. :)
benda yang kau tak suka pula terjadi. 
tapi percaya tu main peranan. 
tadi kau yang buat pilihan dan kali ini aku pula. aku pilih kau. 
tapi masih lagi rasa kau tak percaya aku. 
tolong lah weh. percaya tu senang.tak susah. serius. 
penamat untuk hari bertarikh 30 Julai 2011 agak suram 
walaupun isinya penuh dengan manis dari masam. 
nak tinggalkan masih lagi berbaki 
tapi masih lagi fikirkan.

tak habis di situ. sambung dengan kisah untuk hari bertarikh 31 Julai 2011.
hari jadi kau za! happy birthday!
*sempat lagi wish ha. haha.
bangun pagi dengan dikejutkan. 
gigih aku bangun dari berjuang di atas tempat beradu. 
sebab masih fikirkan untuk buat yang terbaik sebelum pergi.
berjalan jalan dengan niat lupakan semua yang masam buat sementara. 
masih lagi bergelak ketawa.
gembira. serius. tak tipu. dan terima kasih ya hantarkan aku pulang. 
nampak usaha kau untuk aku tak nak pergi jauh dan hilang. 
di sebab kan niat aku hilang dan pergi lupus macam itu saja. tak sanggup.
betul kata kau. bila rasa gembira dan sayang tu lebih dari rasa buruk buruk, 
semua tak hilang macam tu saja.
terima kasih sebab jadi yang terbaik untuk aku. 
macam macam jadi untuk dua hari ni.
sampai sebenarnya aku dah tak larat nak hadap. 
tapi aku tengok kau kuat sebab tak nak hilang aku,
aku pun buat benda yang sama. serius akan aku ingat dua hari ini. 
terasa di hargai. serius.
dan tanpa sedar, dua hari ini jadi peringatan untuk kita. 
supaya jangan pernah lupa apa yang masing masing 
sudah buat dan korbankan
ini yang terakhir dan takkan ada lagi. peluang.

wow! menaip macam nak masuk pertandingan mengarang esei peringkat kebangsaan. haha.
ini sebenarnya permintaan. dan aku tunaikan. 
maaf lah kalau tak seperti yang di angankan.
hanya menulis apa yang datang dari dalam aku. 

terasa bahagia dapat menyambut bulan al mubarak 
dengan darah daging sendiri.
bahagia sangat sampai rasa tak mahu pulang ke sana. 
dan itu dah menjadi niat sebenarnya.
masih fikirkan. by the way, happy fasting to all muslims around the world! 

p/s: senyum senyum saja. tak pernah sangka di sana macam ini rupanya. kekalkan dan di sini janji takkan pergi. haha. nak kerja gaji riban riban sebab nak buat si mama gembira. pfftt.

No comments: