Friday, December 31, 2010

chapter 82: bye bye 2010

betul kata ayah. manusia hanya akan ingat benda yang menyakitkan
dan menggembirakan hati.
bukan hanya akan ingat seketika tapi selama-lamanya.
dan sempena hari ini hari terakhir 2010, banyak benda yang
menggembirakan aku dan menyakitkan hati aku. banyak. 
nak listkan pun rasa macam dua hari tiga malam pun tak habis.
tapi listkan lah juga sedikit sebanyak.

1. aku dapat ramai kawan. kawan bertambah-tambah yang sentiasa bawa aku jalan-jalan.
2.dapat pergi bukit jalil.
3.pakai tongkat sebab kaki buat hal. kawan-kawan sentiasa di sisi
4.pergi muzik muzik
5.pergi konsert paramore
6. kenal dengan manusia yang perangai macam babi.sumpah menyesal kenal kau!
7.rasa down sebab kena tipu hidup hidup lagi. 
8.ada birthday blast untuk aku.
9.futsal karisma 2010
10.wishlist aku dimakbulkan. 

itu baru sedikit, belum lagi aku tulis semua. tapi ini yang memberikan kesan pada aku. buat aku tersenyum kadang-kadang, buat aku mengalir air mata juga. kalau lah otak ni macam komputer, nak saja aku tekan DELETE pada memori yang aku tak nak pastu hilang. dan aku lega. tapi tak boleh. dem! pffft ;|

rasa menyesal dan down gila-gila sekarang. tak pernah aku rasa macam ni. mungkin sebab aku dah tak larat kena tipu hidup-hidup. nak face benda ni rasa macam dah tak tahu nak buat apa. blur.blank. yang aku hanya mampu buat sekarang menangis tersedu sedan sebab rasa macam loser. tahu tak berbaloi nangis sebab tak boleh ubah apa-apa tapi dengan cara tu buat aku rasa lega sekejap. tolong faham.

sekarang ni, aku hanya nak ada orang tolong pertahankan aku. at least pergi la marah orang yang sakitkan hati aku ni. kalau pergi tumbuk ke pelempang sekali pun ok juga. biar dia rasa akibat sakitkan hati kawan kau ni. oh oh dan aku nak bahu orang yang boleh aku letak kepala bila nak menangis. boleh? ;'(

p/s: harap semoga 2011 bagi aku seribu kebahagiaan. amin.

No comments: