Sunday, January 9, 2011

chapter 83: semua baru bah

ok. tahun baru masalah baru semua baru. sebagai NUR ATIKAH LIYANA BINTI MOHD SAPUAN haruslah wajib hidup ada banyak masalah.haha. ini bukannnya satu propa ke apa. tapi betul.bermula saja tahun baru, satu satu masalah datang. tapi kali ni rileks je. sebab aku ada ramai kawan yang buat aku kuat. jadi sedih tu memang sekejap benar. macam lepas kentut, bau busuk tu kejap je. lepas tu bau busuk tu pun hilang. haha.

memang macam-macam masalah datang. dari masalah orang tak normal, kawan rapat, kad bank, sampai lah masalah kelas. haha. kalah doe najib. najib pun tiada masalah macam ni. aduh.yang pastinya aku akan menangis puas puas sampai lah sekarang ni aku langsung dah tiada air mata.kering gamaknya. haha. sebab bila sedih je, nak menangis tapi air mata tak keluar. memang hati dah kering ha. so wanteng, agak agak aku dah lepas kan ujian hati kering? haha.

kadang kadang sunyi. sebab dulu ada peneman aku borak di kala yang lain sibuk, ada peneman aku bergelak ketawa. ada peneman aku melantak bersama. tapi sekarang sudah tiada. hilang. tak tahu apa masalahnya. yang pasti kerana mulut orang. cakap orang ni suka ni la apa la lahanat dia orang semua cakap aku pun tak faham. yang pasti suka tu tiada cuma semangat kawan tu ada. tolong la faham. tiada perasan keras. tapi ada yang tak faham bahasa. entah. boleh pergi mampus.

yang aku tahu, aku bersyukur. walau macam mana pun bila aku sedih serabut kusut macam orang mental,ada peneman lain di sisi. kawan yang memang tak jemu nak melayan aku yang perangai memang selalu buat orang menyampah.

p/s: nak bina jambatan balik dengan kawan kawan rapat tapi rasa macam jambatan tu bakal roboh. sebab aku saja yang peduli.

No comments: