Thursday, January 31, 2013

chapter 137: lelaki dan perempuan

Lelaki dan perempuan adalah spesis yang berbeza.
Oh dan kena ingat lelaki dan perempuan memang tak boleh nak berkawan baik.
Aku dapat buktinya.
Bila dulu, sang lelaki sudah buat pilihan untuk ke pujaan hatinya walaupun hati sendiri rabak
nak terima tapi disebabkan tak mampu nak tamatkan persahabatan begitu sahaja aku teruskan di sisi walau hati susah nak terima.

Tapi bila tiba giliran aku, aku punya pilihan sendiri dan aku cuba nak teruskan persahabatan 
apakan daya sang lelaki tersebut tak mahu untuk menerima. dan mungkin yang terbaik kembali kepada pujaan hatinya yang mungkin dapat jadi kawan bukan sebaik aku malah lagi baik. Oh hampir terlupa, dia yang sentiasa di sisi bila kesusahan. Iya kan?
Kalau diam itu bagus, buat lah. Kalau tidak berkawan itu enak rasanya, teruskan.

Jangan di fikirkan mencari sekarang hanya kerana bosan. Kalau bosan, tiadalah aku letak usaha
nak teruskan persahabatan sedaya upaya. Walaupun sudah berteman, aku masih lagi ingin teruskan
kerana tak mahu lupa kan detik susah senang bersama. Dan ingat ya, jangan berjanji kalau tak mampu tunaikan. Hancur hati bila tak ditunaikan.

Sekian.

p/s: Lega sedikit. Kalau orang dah tak nak kawan, usah kau terhegeh hegeh ya wahai diri :) hargai orang yang di depan mata, yang tahu hargai diri tak kira ada yang lain atau tidak. 

No comments: