Thursday, March 7, 2013

chapter 139 : almari

Nak baca satu cerita tak? Kalau tak nak pun, aku tetap mahu bercerita.

Kisah ini tentang seorang budak perempuan tapi tak berapa nak berapa nak budak. Budak perempuan ini namanya Lina. Seorang periang, emosional dan sedang berusaha nak kurus.

     Malas nak panjangkan cerita, satu hari Lina pulang dari keluar sepanjang hari mencari kerja untuk ada duit sebab sekarang ni dia ialah seorang jobless. Buka pintu rumah dengan hati penuh harapan semoga ada rezeki untuk nya pada hari esok. Rumah gelap. Nampaknya semua isi rumah sudah tidur. Lina melangkah dengan penuh longlai ke arah biliknya. Mata terpana melihat pintu biliknya. "Oh shit!" . Dia menolak pintu bilik yang sememangnya sudah terbuka dengan lebih luas dan terbeliak matanya melihat almari dalam biliknya  jatuh rebah. Hampir semua baju bergelimpangan dan berselerak memenuhi separuh dari bilik.

    Lina hanya mampu diam dan terus membaiki almarinya.Pada waktu itu tepat pukul 3 pagi. Dirikan semula almari yang jatuh. Almari berjaya di dirikan dan letak semula baju-bajunya di almari tersebut. Dan tidak sampai beberapa saat, almari itu tumbang lagi. Memandangkan Lina seorang yang emosional, habis di maki dan di carut nya almari tu. Dia dirikan semula dan almari kelihatan kukuh. Dia letakkan semula baju- bajunya dan almari itu jatuh semula. Lina pun sama terjatuh. Kepenatan dan air mata mengalir. Handphone terus di ambil dan buat panggilan. Mengadu pada manusia yang selalu ada bersamanya. Tapi mungkin tak kena pada masanya, ia berakhir dengan pertengkaran dan Lina teruskan juga usahanya dirikan almari dan genap pukul 5pagi, almari itu kekal dengan keadaan yang sama dan tumbang untuk kali kelima.

     Lina buat keputusan biarkan saja. Dia terus ke bilik air, mandi untuk hilang lekit di badan dan tunggu untuk waktu subuh bagi menunaikan kewajipan kepada Tuhan yang maha berkuasa. Kemudian, tidur dengan perasaan masih berbaki carutan terhadap almari.

     Pukul 1tengah hari dan Lina masih tidur. Handphone berbunyi. Tapi tidak di angkat. Kali ketiga deringan itu kedengaran, Lina menjawab dan oh rupanya manusia itu. Katanya ada di depan rumah. Dengan mata yang masih lagi mengantuk dan mamai, dia membuka pintu. Oh, hatinya sungguh sayu dan terharu. Bersama manusia tersebut ada satu bekas container dan kotak yang berisi rangka almari baru. Ya, almari baru. Kalau kau jadi Lina tu, kau rasa terharu tak?

      Manusia tersebut di pelawa masuk ke rumah dan terus keluarkan rangka-rangka dari kotak. Dia dirikan almari tersebut dan Lina hanya perhatikan tanpa suara. Selesai dirikan almari, manusia terus mengemaskan baju-baju kepunyaan Lina dan kemudian selesai semua, dia minta untuk beransur pulang. Lina hanya mampu diamkan diri sahaja dan ucapkan terima kasih.

Cerita tamat.

Aku tahu cerita ni tak menarik mana pun. Hanya tentang Lina, almari dan manusia itu. Tapi nak aku katakan, walau susah macam mana pun Lina, manusia tu ada saja bersama dia. Dan part paling menarik untuk cerita ni, bila manusia tu ada di depan rumah dengan bekas container dan kotak berisi almari. 

Dan hampir terlupakan, semalam mereka akhirkan panggilan tu dengan pertengkaran tapi manusia tu masih lagi ketepikan ego seorang lelaki dan datang dengan barang-barang tu untuk Lina.

Pendekkan cerita, Lina itu ialah aku dan aku sayang manusia tu. Aku rasa aku jatuh cinta dengan manusia tu hampir setiap hari sebab saat aku jatuh dan susah ni, dia masih lagi kekal di sebelah aku dan bantu selagi dia mampu. Oh,hampir terlupa untuk katakan yang dia tak tinggalkan aku walau untuk sedetik. Terima kasih :')


p/s: terima kasih ya yayang? 


No comments: