Saturday, March 2, 2013

chapter 138: deep deep deep

Sometimes, heart keep on saying

" I'm not the important person to the persons who are I'm think important to me especially the best friends. Also not taking part in their life, my existence is not in their attention. My beloved one also cannot understand my sorrows. Might be what did happened right now is karma."

Just be strong, heart. Allah already create your own path of life and now, yourself need to put some effort to get what you want right now. Your sadness, your hard life, and your tears must be keep by your own. No more hope to have ears from other and no hurt.

Stay strong. 

Sometimes, I also want to have feeling which is a friend looking for you to share some news either the good or sad one. 

Sometimes, I also want to have feeling which is a friend will looking for you if not hear anything from you.

Sometimes, I feel all the those feelings are too much. I just need to be open and not think too much.

Allah always there for you, will listen to all your pray.

Yes, stay strong.

p/s: No one will read this. I know. No hard feeling. :)

Thursday, January 31, 2013

chapter 137: lelaki dan perempuan

Lelaki dan perempuan adalah spesis yang berbeza.
Oh dan kena ingat lelaki dan perempuan memang tak boleh nak berkawan baik.
Aku dapat buktinya.
Bila dulu, sang lelaki sudah buat pilihan untuk ke pujaan hatinya walaupun hati sendiri rabak
nak terima tapi disebabkan tak mampu nak tamatkan persahabatan begitu sahaja aku teruskan di sisi walau hati susah nak terima.

Tapi bila tiba giliran aku, aku punya pilihan sendiri dan aku cuba nak teruskan persahabatan 
apakan daya sang lelaki tersebut tak mahu untuk menerima. dan mungkin yang terbaik kembali kepada pujaan hatinya yang mungkin dapat jadi kawan bukan sebaik aku malah lagi baik. Oh hampir terlupa, dia yang sentiasa di sisi bila kesusahan. Iya kan?
Kalau diam itu bagus, buat lah. Kalau tidak berkawan itu enak rasanya, teruskan.

Jangan di fikirkan mencari sekarang hanya kerana bosan. Kalau bosan, tiadalah aku letak usaha
nak teruskan persahabatan sedaya upaya. Walaupun sudah berteman, aku masih lagi ingin teruskan
kerana tak mahu lupa kan detik susah senang bersama. Dan ingat ya, jangan berjanji kalau tak mampu tunaikan. Hancur hati bila tak ditunaikan.

Sekian.

p/s: Lega sedikit. Kalau orang dah tak nak kawan, usah kau terhegeh hegeh ya wahai diri :) hargai orang yang di depan mata, yang tahu hargai diri tak kira ada yang lain atau tidak. 

Monday, May 7, 2012

chapter 136:bila tiada, inilah cerita.

artis masuk suratkhabar metro.mulut nganga kemain besar. yeay!

johan untuk sirkit 2 liga ipt. alhamdulillah.

satay hut. sangat besar. makan 10 cucuk macam nak pecah perut. terima kasih belanja. :)

airport kuching. masum 2012. emas.


himpunan gambar untuk kronologi sepanjang tiada cerita dari hamba. 
alhamdulillah. semua nya baik baik belaka.
dan terima kasih untuk congratulation kad tu.
:)

p/s: terima kasih mucho mucho untuk sesiapa yang memberi sokongan. tanpa anda semua, siapalah hamba ini. hihi. gedik.

Saturday, February 18, 2012

chapter 135: hati dan mulut

Masa: 2:07 pagi
Sedang mendengar Suatu Hari Nanti dari Keroz Nazri.

Tak tahu apa yang hendak diperkatakan.
Cuma sebelum tidur, rasa macam nak menaip. Jadi menaiplah.
Idea kosong.
Cuma rasa nak menaip. Ok. Dah taip.
Puas. Cuma nak cakap, aku bersyukur aku ada MEREKA yang sekarang
ini di sisi aku. Alhamdulillah. :)

p/s: Apa yang di keluarkan dari mulut tak sama dengan apa yang ada dalam hati. Kalau mulut kata menyesal,hakikatnya hati tidak pernah terdetik sebegitu rupa. Ego. 

Wednesday, January 25, 2012

chapter 134 : untunglah

Untunglah,
Bila sentiasa ada dengan keluarga. bila penat, sedih,gembira,segala apa yang dirasa,tetap akan hadap keluarga. dan aku kekal keseorangan walaupun kadang kadang aku berada di syurga sendiri.

Untunglah,
Bila ada sahaja yang ingat tentang kewujudan. sentiasa di ambil berat, di jaga hati dan aku,tiada siapa peduli. walaupun ada yang berjanji takkan biarkan aku begitu saja.
Janji tinggal janji. dasar manusia.

Serius, terumbang ambing sebentar. masih lagi mencari jalan yang teguh untuk aku lalui.


P/s:walaupun keras di luar, tapi sedarlah di dalam tidak seperti di luar yang di sangkakan. :)

Thursday, January 19, 2012

chapter 133: cerita pendek

"komitmen mendorong kepada perubahan" - minah cool

siapa setuju angkat tangan! *sambil nyanyi "put your hands in the air. HAHA.
sebenarnya betul kan?
fikirkan dan renungkan.
(^_^)


p/s: insyaallah perubahan tu akan datang. bertutup. ubah dahulu apa yang patut. terima kasih satay. btw, sudah hilang minat nak tulis apa jadi tentang hidup sekarang.





Monday, January 9, 2012

chapter 132: sepenuh hati

"Buatlah apa sahaja yang kau suka,
dan seperti biasa,aku tidak akan menghalang.
asalkan kau gembira, aku juga akan turut gembira.
buatlah perkara yang menggembirakan kau dahulu
sebelum berfikir tentang yang lain."-minah cool

p/s: sepenuh hati bak kata yun. tergelak aku dengan yuq. :) dan aku sedang dalam dilema kad merah lagi.

Friday, December 23, 2011

chapter 131:liyana fizi

Hari ini,aku lihat,tenung,perhatikan dalam-dalam tanpa sedar.
Tiba-tiba baru aku perasan
Jatuh.
Patutlah buang tebiat.


P\s:no serious terms were used like others. happy like this. just the way we are. ci, jom temankan aku makan durian? :)

Wednesday, December 14, 2011

chapter 130: *senarai harapan

nak kumpul duit. dari sekarang.
sudah di agih kan.
sudah di bajet kan.
adalah sedikit untuk diri sendiri.
bahagian yang satu ini akan digunakan
untuk pergi bersiar siar.
seorang diri.
"negara singa"
atau
"tanah terapung di atas laut"
mungkin.
tunggu ya? :)

*hodoh dan buruk bila di tafsirkan "wishlist" guna google translate ke bahasa ibunda. HAHA.

p/s: pagi malam berpeluh training. tengah hari petang bersejuk beku dalam library. sumber rezeki sebenarnya :)

Saturday, December 10, 2011

chapter 129: antara kenangan terindah






alhamdulillah. pingat emas.
bola sepak pantai wanita MASUM.
walaupun semua bidan terjun,
tapi semua cuba yang terbaik.
walaupun baru kenal,
ada yang datang dari utara,
yang bukan dari semenanjung malaysia,
tapi berkawan macam dah lama kenal.
macam macam kenangan ada.
sumbat naik kereta viva 9orang dalam satu masa.
serius macam sardin.
naik banana boat macam orang gila.
bahan tak ingat.
bantai joget lambak time dinner.
melayan kepala gila masing masing.
tapi kita jumpa lagi.
liga felda futsal.
main satu team lagi. yeay!
btw, thanks sebab bagi aku kenangan terindah.

p/s: gembira dengan apa yang ada even hidup tengah susah sekarang. ya, selalu ada. terima kasih.ailebiu. :)

Friday, November 18, 2011

chapter 128: tiba tiba

Tiba tiba aku sedih sendiri.
Tiba tiba hati terdetik sesuatu buruk akan terjadi.
Tiba tiba terasa macam ada penipuan.selalunya akan terjadi.
Naluri hati aku selalu betul. aku tak suka.
Harap harap tak jadi. bukan kenyataan.

Aku pernah berpesan pada kawan baik aku:

"Memanglah kebenaran menyakitkan sampai ada tahap nak menipu, tapi bila kejujuran itu ada,kemarahan itu hilang hanya disebabkan menghargai kejujuran yang datang." :)

P\s:bangang gila rasa ni.

Thursday, November 17, 2011

chapter 127: bola bola bola

Bak kata iklan koke kola,
Tidur bola,
Makan bola,
Mandi bola,
Semua bola.
Mungkin dari kecil pak wan dah asuh aku tengok bola
Even dengan ketidaksengajaan.
Dia buka channel sukan,
Aku pun dok bantai tengok sama.
So aku suka even pak wan pernah kata,
"Kelakarkan tengok ramai ramai kejar sebiji bola".
Well, dah itu namanya bola sepak pak wan oi.
Dengan pengaruh abang aku dok sibuk ajak main bola sepak pakai orang kotak.
aku main sebat je lah.
Sampai lah sekolah menengah dok tengok bola kat tv and pernah simpan angan angan nak tengok bola live di stadium. masa tu bola sepak malaysia tahap merundum dan orang ramai tengah sibuk dok layan epl,uefa semua bagai.
Masa diploma, sibuk lagi dok tengok world cup, epl sampai sanggup keluar hostel sebab nak tengok match man u vs chelsea. padahal esok dah exam. aku ingat lagi time tu man u kalah. haha.
Sampai la aku ikut tengok sukan sea laos mata rakyat malaysia terbuka luas dan dapat terima malaysia masih hebat sebab team harimau malaya berjaya dapat pingat emas. Nice kan?sebelum tu sedar mereka asyik kena blame, kena downkan di media massa.btw, they already proved to us.proud of them. Bila aff suzuki championship, impian aku yang aku simpan dari sekolah menengah tu tercapai. aku dapat tengok bola live di stadium. time tu memang sokong gila babik. nak nak aku tengah puasa tapi still semangat habis till the end. and impian tu tak tinggal kenangan sebab until now, aku teruskan lagi and keep on supporting even they win or lose. adatlah. aku tahu apa rasa menang dan kalah sebab aku sendiri main bola. plus, aku anak jati johor tapi sokong selangor. bukan sebab manusia lain tapi cara players main,formation,semangat diaorang dan semangat juang penyokong yang lain buat aku kagum. itulah sebenarnya. :)

Sebentar lagi, tepat pukul 8malam indonesia vs malaysia(sukan sea) di stadium bung karno. harap mereka berjaya dan peluang nak dapat pingat berkilau  kuning itu besar. kemon baddrol!kemon! haha.

Habis tengok bola, kena pergi training futsal. duhhh. (-,-)" tapi sebab bola juga, aku rela.

P\s:nak tengok aku bukan tomboy. pleaseeeeeee.

Sunday, November 13, 2011

chapter 126: senyum

"semua orang boleh ucap perkataan SAYANG,
semua orang boleh ucap perkataan CINTA,
semua orang boleh ucap perkataan RINDU,
tapi nak ekspresskan semua perkataan di atas,
tak semua orang mampu buat." - minah cool



p/s:tak sangka jadi macam ini.terkejut.tapi harap harap sampai bila bila. amin :)

Friday, October 21, 2011

chapter 125: penangan kad terup uno

adoi. penat hamba gelak main game uno ni.
siapa menang main game ni, dia kena buat gaya paling bangang
and the rest need to follow.
pecah perut doe gelak.
ada buat gaya jalan itik sampai luar bilik ha.
ada buat gaya beruk nak mengawan,
sampai melompat lompat atas katil,
ada buat gaya katak lemas berenang,
ada buat gaya sensored tak tercapai akal ha,
sampai yuq pun tak mampu buat. haha.
serius game paling lawak hamba pernah main.
pecah perut doe. 
paling legend time ada yang melompat lompat sampai atas katil 
and yang lain lain tepuk tangan je. tak ikut pun gaya tu. haha.
damn, sweet memory ever.


p/s: nak cari rantai silver la. teringin lak nak pakai. haha :)

Wednesday, October 19, 2011

chapter 124: akibat batu melintas

hamba jatuh motor.
cedera? haruslah. agak teruk.
tempang sekejap. hihi.
siku? ok. sakit sikit.
lutut? gosh! disaster.
kena cuci luka sampai menangis.
dua tiga kali pergi cuci sampai tahap kena cungkil.
hamba? mampu menangis dan menjerit minta tolong
sambil buat cakaran harimau di dinding. 
sekarang? dah boleh berlari lari sampai
lupa kaki hamba ni belum baik sangat pun.
perasan hebat. malam tidur tak lena juga. haha.
just doakan cepat lah sihat ni. 
tak larat kaki ni berbalut. mandi pun asyik tak sempurna.
sabar. selalu rasa nikmat sihat.
rasa lah nikmat sakit.
bak kata orang, mencuci dosa. :)


p/s: cuba nak betulkan keadaan. tapi ada je tak kena. dan aku tahu satu hari nanti kau akan rasa apa aku rasa sekarang. cuma mulut kau je katakan takkan terjadi. dan kau akan lupa semua. kalau aku salah, buktikan.sekian. :)

Wednesday, October 5, 2011

chapter 123: booo-sit

PERGI  MAMPUS!

p/s: apasal entah. bendera merah datang.

Monday, October 3, 2011

chapter 122: selamat datang ke MCDONALADS :)


seronok ada hidup baru ni. serius.
mengajar aku walaupun penat tapi gembira.
ada yang buat aku ketawa.
ada yang buat aku tersenyum.
ada yang buat aku bahagia. 
tapi aku kena tinggalkan. 


untuk hidup yang ini.
penuh komitmen.
:)

p/s: kau pun suka buli aku kan? nasib baik dah jauh. tak boleh nak buli dah. haha :)

Saturday, October 1, 2011

chapter 121: khas untuk cici

"saya ni sekadar pelepas sepi awak je... :')"- (Zack Zukhairi, 2011)

dari cici untuk momo.
:)

p/s: hamba tengah rancang masa depan hamba supaya dapat hamba angkat honda civic, belikan mama hamba beg tangan coach banyak banyak dan belikan ayah ipad paling canggih. mudah mudahkan lah. amin.

Tuesday, September 27, 2011

chapter 120: terfaktab

"bercinta ni, bukan macam zaman budak budak dulu. i text u, u text i. i kol u, u kol i. 
ia lebih dari sekadar perasaan. 
bercinta ni mengajar kita untuk jadi manusia yang lebih bertanggungjawab. 
bertanggungjawab dengan semua janji janji kau. 
bertanggungjawab terhadap orang yang kau bilang kau sayang. 
bertanggungjawab dengan setiap perlakuan agar 
tidak menyakiti orang yang kau bilang kau sayang." -SK

hamba cilok dari TERFAKTAB
satu perspektif yang sangat luas. kan?



tiba tiba hamba rindu dia ni.
dulu selalu ada dengan hamba.
harap harap sihat ya?

p/s: hamba suka dengan apa yang sudah ada sekarang.terasa lengkap. terima kasih :)

Thursday, September 22, 2011

chapter 119: kejap ada kejap takde.









p/s: kejap seronok, kejap happy kejap sedih kejap serabut. pening. tapi sabar. itu je. nak capai cita cita. itu penting. mama ayah lagi penting. :)